Friday, 17 June 2011

KEHIDUPANKU....

sebenarnya,
aku keseorangan,
hidupku umpama timggal
di tempat yang tidak berpenghuni,
sebuah tempat yang gelap gelita,
tiada cahaya mahupun pelita
datang bertandang walaupun sepalit...

sebenarnya,
hidupku umpama angin,
dipuji apabila aku bertiup lembut,
disalahkan apabila aku bertiup kencang,
tak pernah sekali mereka menghargai ada atau tiada,
tiada siapa yang pernah ambil peduli,
walaupun ada yang mengenali diriku
mereka tidak pernah mengendahkan kehadiranku...

mereka semua berteman,
aku pula sebaliknya,
setelah sekian lama aku mengambil
keputusan menghilangkan diri seketika
kemudian kembali menjelmakan diri
dengan harapan ada yang bertanya...

namun,
kehadiranku selama ini tidak disedari
tidak mungkin aku meminta belas kasihan dan simpati mereka
aku hanya berharap mereka akan menyedari akan kehadiranku,
dan menghargai diri ku ini......

No comments:

Post a Comment